Posts

Haluan Kiri

Image
  Sayap Kiri Juga Ada Jasanya Tersendiri. Perjalanan aktivis dari sayap kiri yang berusaha menentang Kerajaan Amerika Syarikat yang telah menghantar ribuan askar untuk berperang di Vietnam. Ceritakan ini juga merupakan kisah benar dari Chicago Seven, sekelompok sayap kiri yang memprotes perang di Vietnam (mereka anti-perang). Pelbagai aktivis dari sayap kiri yang cintakan keamanan menentang sebulat suara apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Semua orang dalam hati ini inginkan keamanan. Kita juga boleh lihat bahawa peranan mahkamah juga ada (conflict of interest) yang mana terdapat juga campur tangan atau tangan ghaib di belakang tadbir. Setiap apa jua keputusan banyak memihak kepada kerajaan berbanding defendan. Hanya orang yang gila kuasa serta pangkat sanggup untuk menghalalkan cara bagi menguasai sistem sesebuah negara tanpa rasa kesian orang bawah ini, ibarat kais pagi makan pagi, kais pagi makan pagi. Terima kasih kepada saudara Nik Aziz Afiq mencadangkan ceri

Al-kisah di bumi Malaysia

Image
  1. Sedihnya hati melihat keadaan sekarang mana ramai yang berasa begitu perit apatah lagi berjalannya PKP dan sebagainya. Saban hari rakyat sentiasa berusaha keras di era covid ini untuk kelangsungan hidup seharian. 2. Ramai peniaga berniaga di tepi jalan untuk melangsungkan kehidupan demi sesuap nasi. Dan ada juga makcik, pakcik serta anak kecil menjual apa sahaja. Melihat kiri kanan terasa sayu hati kecil ini kerana tidak kesemuanya nasihat menyebelahi mereka. 3. Kita masih dengan sistem PKP ini sampai bila sehingga masyarakat mengalami tekanan masalah mental ada juga yang bunuh diri akibat kesempitan hidup untuk dijalani kehidupan seharian. 4. Politikus di Malaysia ini tidak rasa bersalah ke atas apa yang mereka buat pada rakyat. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Semakin lama semakin mengarut apa yang kita lihat. 5. Keadaan covid yang terjadi PKP tak menyelesaikan masalah apa langsung. Kes saban hari semakin meningkat. Cara yang baik untuk selesaikan memperbanyak

KAPITALIS BANGSAT SELAMANYA

1. Rider tumbuh bak cendawan di merata-rata tempat. Kita buat rider ni bukan suka-suka adakalanya dapat menampung duit poket sebelum gaji. 2. Hujan, panas dan ribut semua kami harung demi sesuap nasi dan ada mulut untuk suap. Syarikat servis bukan rasa apa pun sebab dah kaya lagi sedap tindas orang bawah. 3. Sepatutnya polisi insurans kepada rider serta kenderaan harus dititikberatkan, separuh nyawa kita berada di jalan raya. Apa-apa boleh berlaku cepat atau lambat. 4. Jarak jauh yang tak berbaloi langsung, apa dia ingat kita pakai unta ke tak payah servis. Motor ni macam manusia juga adakala kena servis macam urut ke baru segar. 5. Pihak kerajaan tolonglah jangan tidur harus mengubal undang-undang yang lama perbaharui atau adakan penambahbaikan akta yang memberi manfaat kepada masyarakat gig ekonomi ini. 6. Selagi tidak ditegur syarikat-syarikat bangsat ini akan menekan selagi boleh. Adakala kita kena ajar sikit kat syarikat besar tapi bodoh piang baru dia tahu langit tinggi ke rendah

ORANG KAYA VS ORANG KURANG BERADA

Image
Apakah solusi pak-pak dan mak-mak menteri yang tercedik di Malaysia ini untuk menangani isu pembelian barang-barang sekolah. Yang mana seluruh ibu bapa di Malaysia ini telah mengeluarkan wang yang banyak untuk sesi persekolahan tahun ini. Lain kali buat persediaan terincir untuk menghadapi sesi persekolahan. Bukannya berebut kuasa antara satu sama lain. Jangan sampai satu masa masyarakat kita ludah depan muka politikus-politikus. Adakah pak-pak dan mak-mak menteri, rasa apa yang orang susah rasa. Kekayaan negara kita dibolot oleh golongan kaya. Manakala golongan miskin pula semakin hari semakin miskin. Fikir satu jalan macam mana hendak menangani masalah. Masalah akan sentiasa berjalan jika tiada usaha untuk diselesaikan. Cari jalan bukan cari alasan. Hang Penguasa
Image
1. Antara gaji menteri dengan gaji kumpulan B dan C bagi penjawat awam. Pada hujah saya pak menteri dan mak menteri yang harus berwakaf seluruh hartanya. 2. Sebelum bercakap fikir dulu orang bawah. Kami ini bukan lahir-lahir terus kaya-raya macam jutawan. Sebelum cakap itu pandang dulu kiri dan kanan. Anda sebagai yang bertanggungjawab fikir bagaimana cara membangun ekonomi. 3. Jangan sembang politik lagi, orang pun makin meluat. Sila cari jalan bukan cari alasan untuk memulihkan apa jua keadaan yang berlaku di negara kita. 4. Cari jalan bagaimana untuk "Growth up" ekonomi supaya pelabur asing juga berani untuk melabur walaupun pandemik covid19 masih ada. Sekurangnya ada hasil yang dapat rakyat kita rasai.

Dirgahayu Malaysiaku

Image
 

SETERU

Image
Apa yang dapat kita lihat gambar yang tertera ini merupakan seteru di antara anak buah. Yang mana DSAI merupakan mentor DSN ketika di dalam UMNO. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bijak berfikir jangan terlampau mengikut emosi.